Tuesday, October 2, 2018

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)


    Image result for tkrs

TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH (TKRS)

Nama saya Nik Aydan Fitri bin Nik Abdullah Muaz. Saya seorang TKRS. 

Sejarah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) : Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. 


Baju Tunas Kedat Remaja Sekolah (TKRS) : 



Image result for baju tkrs lengan pendek
Seluar Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) :



                                          Image result for seluar tkrs hijau  

Topi Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) : 



 Lagu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS):





Lirik lagu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS):


Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah



No comments:

Post a Comment